Tuesday, October 16, 2012

Durun Nafis 6

أشهد أن لا اله الا الله و أشهد أن محمدا رسول الله

Durun Nafis 6

faifham (فإفهم) maka fahamkanlah’itiqad pegangan (إغتقاد) @ pendapat @ fahaman @ doktrin anutanistiqlal (إستقلال) didatangkan @ dipindahkanjazam (جزم) berpegang teguh @ menetapkasyaf (كشف) berpandang tebus @ landas seakan melihat realitimajhul (مجهول) yang di bodoh @ didungukan disifatkan sebagai tolol @ diperkecil2kan @ diperbudak2kanmasdar (مصدر) nama terbitan @ pronounmukafahah (مكافحه) mengawal serta membiasakanmu’tazillah (معتزلة) kaum rationalis islam yang berpandulkan akaliyah dan tidak melibatkan diri dalam pertentangan politik antara ali ibn abu mutholib dan mu’awiyah bin abu sofyan musyahadah (مشاهده) penyaksian seakan2 fokus, lantas.. hadap meghadapimushtaq (مشتق) isim atau kata nama yang dibina dari nama terbitan.. dengan berasakan tiga huruf asas namun memiliki ma’ani yang berbeza umpamanya: (قال و وإستقلال)qodim (قدم) dari awalan tanpa awalanqoimun (قائم) berdiri sendiriansabit (ثبت) tetap @ keputusan @ tidak ada perubahansakarnabat (سكرنبات) gula ato manisan yang tersuling/ diperah dari tanam2an ato buah2anrosih (راسخ) jelas @ berunsur fakta @ logikasifat (صفة) oknum zat @ dualisma zat @ penyataan intipatitalmiz (تلميذ) murid @ pengikut @ perlajar @ penuntut bukan penkajitanggal @ bercerai @ berpisah @ tidak sebati @ didalam atau diluar @ tidak bersatuzat (ذات) intipati @ materi awalan tanpa definasi
(الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات)
bermula fasal yang keempat pada menyatakan tauhid azzat ertinya mengesakan allah ta�ala pada zat dan maqam inilah yang setinggi2 maqam tiada lagi diatasnya daripada maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orangyang �arif dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah sehingga2 dan sehabis2 sampai pengetahuan segala makhluk dan kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat pengetahuan akan dia hingga nabi mursal dan malaikat yang muqarrobin sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu maqam kunnuhu zat allah ta�ala seperti firman allah ta�ala (ويحذركم الله نفسه) ya�ni dipertakuti allah ta�ala daripada sampai ma�rifatmu akan kunnuhu zatnya
(dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات الله أحمق) ya�ni sekelian kamu mendapat akan kunnunhu zat allah ta�ala ahma� ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali2 (kata) syech abdul wahab assyarani qadassalahu sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada menterjemahkan kata syechnya ali khawas rodhiallahu anhu
(bermula) pengetahuan akan hanya hak allah ta�ala itu tiada merasai dan mendapat akandia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya allah ta�ala itu bukan ia [b]�ain yang dihukumkan akandia olih akal dan bukan ia �ain yang dihukumkan akandia olih syuhud hati dan mata[/b] tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia �ain yang dikenal olih merekaitu akandia dan bukan ia �ain yang dijahilkan olih merekaitu akan dia
(dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi ghoib iaitulah �ain yang disyuhud dan iaitulah �ibadat yang sempurna �ibadat wallahu �alam ah
(shahadan) tiada yang sampai kepada maqam tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barangyang ada daripada segala anbia� dan aulia� yang dibawah qidamnya kerana tiada yang dijadikan allah ta�ala dengan zatnya itu hanya nabi kita Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis jabir rhodiallahu anhu yang lagi akan datang pada khotimah
(shahadan) bermula kifiyat yang mengesakan allah ta�ala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam ujud ini hanya allah ta�ala jua….

Enhanced by Zemanta

No comments: